BOSNIA HERZEGOVINA - Sejenis reptilia ditemui masih kaku di lokasi sama di kawasan gua untuk tempoh lebih tujuh tahun.
Spesis daripada keluarga cicak itu dikenali sebagai olm di Bosnia Herzegovinian yang dikatakan tidak bergerak selama 2,569 hari dan boleh hidup sehingga lebih 100 tahun.
Penyelidik Universiti Eotvos Lorand, Gergely Balazs berkata, ini merupakan penemuan terbaharu buat para saintis selepas hampir lapan tahun menyelidik binatang itu yang mampu membesar kira-kira 12 inci.
"Ia ada di tempat yang sama. Tidak bergerak atau lakukan apa-apa," lapor New Scientist.
Dalam pada itu, olm merupakan sejenis haiwan amfibia yang serupa seakan-akan bengkarung dan hidup di dua alam iaitu darat serta di dalam air.
Walaupun habitatnya di dalam gua yang agar sukar untuk mendapatkan makanan namun olm akan berusaha mendapatkan apa sahaja di sekelilingnya seperti serangga dan siput.
Menjadikan kebanyakan gua sekitar Eropah sebagai habitatnya, ia gemar hidup dalam keadaan gelap sesuai dengan keadaannya yang memiliki kulit pucat dan mata yang tidak sempurna.
Sementara itu, ia dikatakan bergerak ketika mencari pasangan dan ia hanya berlaku sekali dalam masa 12 tahun atau beberapa kali dalam jangka hayatnya yang boleh mencecah lebih 100 tahun.