SHAH ALAM- Bayangkan menerima rawatan perubatan berkualiti di luar negara dengan akses kepada rawatan khusus yang tidak tersedia di dalam negara.
Kemungkinan ini menarik jutaan pesakit untuk terlibat dalam pelancongan perubatan di seluruh dunia.
Peningkatan ini tidak mengejutkan, memandangkan kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara ini, teknologi perubatan canggih, lokasi strategik, kos yang berpatutan dan kehadiran pakar perubatan yang terlatih dan layanan mesra.
Reputasi Malaysia yang semakin meningkat sebagai destinasi perubatan utama disokong lagi oleh rangkaian hospital yang luas di bawah IHH Healthcare Malaysia yang merangkumi Hospital Gleneagles, Hospital Pantai, Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Timberland.
Warisan penjagaan kesihatan terbaik
Hospital-hospital ini, dengan pengalaman lebih lima dekad telah membina legasi penjagaan kesihatan berkualiti.
Dikenali dengan pendekatan ‘Pesakit Diutamakan’ mereka menyediakan kemudahan bertaraf dunia, pasukan perubatan profesional terkemuka dan pengalaman penjagaan kesihatan yang lancar dari konsultasi sehingga penjagaan susulan, menjadikan mereka pilihan utama pesakit antarabangsa.
"Kami di IHH Healthcare Malaysia komited untuk menyediakan penjagaan terbaik dengan menggabungkan rawatan peribadi dengan teknologi canggih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean-Francois Naa.
"Komitmen kami terhadap standard kesihatan antarabangsa memastikan hasil klinikal yang cemerlang sementara fokus kami terhadap keperluan individu atau pesakit mendorong tahap kepuasan yang tinggi.
"Kami berusaha untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam kesihatan dan kesejahteraan pesakit dari seluruh dunia,” katanya.
Kecemerlangan dalam penjagaan khusus
IHH Healthcare Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan khusus termasuk penjagaan kanser dan jantung, rawatan tulang dan sendi, otak, tulang belakang dan saraf, penjagaan penghadaman serta kesihatan wanita dan kanak- kanak.
Peralatan diagnostik canggih mereka, seperti PER-CT Digital dengan Biograph Vision dan Biopsi Gabungan MRI, membolehkan diagnostik kanser yang sangat tepat.
Untuk terapi radiasi dalaman, hospital-hospital ini menggunakan peralatan canggih seperti Elekta Versa HD Linear Accelerator dan Leksell Gamma Knife Icon Radiosurgery, meningkatkan keberkesanan rawatan.
Sistem pembedahan generasi keempat Da Vinci Xi dan Sistem Pengimejan & Navigasi O-Arm pula memastikan rawatan yang diterima pesakit adalah peribadi dan berkesan, menjadikan hospital-hospital di bawah IHH Healthcare Malaysia pilihan utama bagi mereka yang mencari rawatan perubatan canggih.
Perkongsian antarabangsa
Untuk memenuhi keperluan pesakit antarabangsa yang pelbagai, hospital-hospital di bawah IHH Healthcare Malaysia telah menjalin perkongsian strategik di seluruh Asia Tenggara, termasuk kerjasama di Indonesia dan Timor-Lestee.
Perkongsian ini menawarkan perkhidmatan seperti proses perjalanan perubatan yang dipermudah, hubungan pesakit dan perkhidmatan terjemahan bahasa.
Selain itu, kerjasama dengan institusi seperti Bank Mega di Indonesia menyediakan penyelesaian kewangan termasuk rancangan ansuran bagi memastikan penjagaan kesihatan berkualiti boleh diakses oleh semua.
Pengiktirafan dan akreditasi global
Komitmen IHH Healthcare Malaysia terhadap kecemerlangan perubatan disokong oleh akreditasi daripada badan antarabangsa berprestij seperti Joint Commission International (JCI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Australian Council on Healthcare Standards International (ACHSI).
IHH Healthcare Malaysia telah menerima beberapa anugerah berprestij termasuk Hospital Group of The Year APAC dan Medical Tourism Initiative of The Year - Malaysia di Healthcare Asia Awards 2024 dan GlobalHealthAsia-Pacific Awards 2024.
Pengiktirafan ini mencerminkan status Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan perubatan di rantau Asia Pasifik.
Memudahkan perjalanan pesakit
IHH Healthcare Malaysia memastikan pengalaman pesakit antarabangsa lebih lancar melalui laman web atau sesawang yang mesra pengguna, membolehkan pesakit memilih lokasi hospital pilihan mereka serta berhubung dengan kakitangan perubatan melalui emel, telefon atau Whatsapp.
Talian Perkhidmatan Pelanggan Sehenti yang dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional membantu menguruskan janji temu dan menyediakan anggaran kos.
Pusat Pesakit Antabangsa turut menguruskan pemindahan lapangan terbang dan penginapan menjadikan perjalanan penjagaan kesihatan lebih mudah dan bebas tekanan.
Pendekatan pesakit diutamakan
IHH Healthcare Malaysia bukan sekadar penyedia penjagaan kesihatan-ia adalah rakan kongsi yang dipercayai, berdedikasi untuk meningkatkan kehidupan pesakit melalui penjagaan peribadi, teknologi perubatan canggih dan kecemerlangan klinikal.
Komitmen terhadap pesakit antarabangsa ini jelas di seluruh lapan hospital yang menawarkan perkhidmatan pesakit antarabangsa khusus:
- Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
- Hospital Gleneagles Pulau Pinang
- Hospital Gleneagles Kota Kinabalu
- Hospital Pantai Kuala Lumpur
- Hospital Pantai Pulau Pinang
- Pusat Perubatan Prince Court