Berpura-pura sebagai pelanggan elak dicekup Imigresen

Iklan
Terdapat juga warga asing yang menyamar sebagai pelanggan bagi mengelak diperiksa dalam operasi di premis perniagaan di Mentari Court di sini, Selasa lalu.

PETALING JAYA - Menyamar sebagai pelanggan selain cuba menyorok dalam tandas antara taktik dilakukan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mengelak daripada ditahan menerusi operasi di premis perniagaan di Mentari Court di sini, Selasa lalu.

Bagaimanapun tindakan itu gagal apabila kesemua mereka kemudiannya berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia Selangor ketika serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi dijalankan susulan aduan orang awam berkaitan dakwaan kononnya berlaku lambakan warga asing di kawasan terbabit.

Khairul Aminus

"Susulan itu, operasi dikenali Ops Kutip, Ops Selera, Ops Dandan dan Ops Belanja dijalankan secara mengejut di lokasi premis perniagaan di kawasan perumahan itu.

Iklan

"Pemeriksaan secara mengejut dijalankan melibatkan seramai 52 individu terdiri daripada lelaki dan wanita warga asing," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati terdapat pelanggaran melibatkan Akta Imigresen 1959/63.

Iklan

"Seramai 26 PATI ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka, India, Nigeria dan Ivory Coast.

"Kesemua mereka didapati melakukan beberapa kesalahan antaranya tidak memiliki permit atau pas yang sah untuk tinggal di negara ini, tinggal lebih masa dan melanggar syarat permit atau pas," katanya.

Terdapat cubaan untuk melarikan diri namun berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia Selangor dalam operasi di premis perniagaan di Mentari Court di sini, Selasa lalu.

Menurutnya, risikan dijalankan selama dua minggu mendapati kawasan premis perniagaan ini sememangnya menjadi antara lokasi tumpuan warga asing.

"Rata-rata warga asing ini bekerja sebagai pembantu kedai runcit, pekerja restoran, tukang gunting rambut dan pekerja kedai telekomunikasi.

"Kehadiran warga asing ini didakwa semakin bertambah ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan," katanya.

Tegasnya, kesemua PATI berusia 29 hingga 40 tahun itu dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.