'Sarang' tempat lepas gian dadah digempur

Iklan
Antara individu yang ditahan dalam operasi Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, baru-baru ini.

SHAH ALAM - 'Sarang' lepas gian dadah di sekitar Kajang dan Klang digempur polis, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, Op Sarang itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor bermula 28 Oktober hingga 3 November lalu.

"Operasi itu berjaya menahan 10 lelaki termasuk tiga warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60-an.

Iklan

"Polis telah merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 4.25 gram dan syabu sebanyak 0.61 gram bernilai RM 173.50," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Antara individu yang ditahan dalam operasi Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, baru-baru ini.

Beliau berkata, lokasi serbuan merupakan tempat penagih berkumpul menunggu tokan atau pengedar yang akan menyerahkan dadah.

Iklan

Katanya, siasatan mendapati dua daripada suspek dipercayai berperanan sebagai pengedar.

"Kesemua suspek positif dadah hasil ujian saringan air kencing dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," ujarnya.

Tegasnya, Op Sarang ini merupakan salah satu inisiatif dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan sarang penagih dadah di sekitar Selangor.

JSJN Selangor menggempur lokasi penagih dadah di sekitar Kajang dan Klang, baru-baru ini.