12 tahun belajar dalam surau, pelajar tahfiz perlukan kelas
Iklan
Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah menjalani sesi pembelajaran di dalam surau.
KOTA BHARU - Lebih 60 pelajar termasuk anak yatim, asnaf dan mualaf di Madrasah Tahfiz Taufiqillah, Jitra, Kedah memerlukan bangunan kelas untuk menjalani proses pembelajaran yang lebih selesa.
Mudir sekolah tahfiz berkenaan, Auzaid Ismail, berkata, sejak institusi itu beroperasi hampir 12 tahun bermula hujung 2012, pelajar-pelajar yang bersilih ganti itu hanya menggunakan sebuah surau di sekolah berkenaan untuk menjalani sesi pembelajaran.
Iklan
Iklan
"Keadaan amat menyedihkan kerana pelajar-pelajar tidak mempunyai fasiliti yang sepatutnya untuk belajar.
Penderma boleh juga mengimbas melalui kod QR.
"Justeru, kami merancang membina sebuah bangunan dua tingkat yang akan menempatkan kelas, bilik guru dan dewan bagi kegunaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Menurut beliau, bangunan berkeluasan 594 meter persegi itu akan mula dibina di atas tapak yang sudah tersedia sebaik kos diperlukan sekitar RM1.5 juta hingga RM2 juta dapat dikumpul melalui derma pelbagai pihak.
Kata Auzaid, pembelajaran secara percuma diberikan di tahfiz itu menyebabkan ramai yang memohon masuk ke madarasah berkenaan.
Iklan
"Kami bergantung kepada perniagaan ladang madu kelulut yang diusahakan selain akan membuka kolam ternakan ikan air tawar untuk menampung kos pengurusan tahfiz pada masa depan.
"Kami juga memperoleh sumbangan persendirian dan berdaftar serta zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kedah,” katanya.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank bernombor 106670007366 atas nama Madrasah Tahfiz Taufiqillah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat plot yang dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini.
Beliau mendakwa, syarikat yang melabur di Kedah diberikan tekanan untuk menarik diri daripada projek yang telah diumumkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu merujuk kepada keputusan peneraju pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka bernilai RM40 bilion di Langkawi namun tidak mendedahkan butirannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698511/edisi/utara/sanusi-dakwa-wujud-plot-gagalkan-pelaburan-swasta-di-kedah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com