Israel lancar serangan udara di utara Syria

Iklan
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan tentera di utara Syria, termasuk di Aleppo dan Idlib. Foto Agensi

ANKARA - Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan tentera di utara Syria, termasuk di Aleppo dan Idlib, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Syria (SANA).

SANA melaporkan bahawa serangan berlaku sekitar jam 12.45 pagi waktu tempatan (2145GMT), dengan beberapa lokasi di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo diserang oleh pasukan Israel.

Iklan
Iklan

Sumber tentera Syria memaklumkan bahawa daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.

Meskipun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Israel mengenai serangan ini, operasi ketenteraan Israel di Syria berlanjutan sejak perang saudara meletus pada 2011.

Iklan

Israel kerap menyasarkan kumpulan yang disokong Iran dan posisi ketenteraan Syria.

Serangan udara terbaru ini menyerlahkan ketegangan serantau yang berterusan serta tindakan ketenteraan Israel yang berlanjutan di Lubnan dan Syria. - Bernama

Iklan