Bomba sukarela tangkap ular paling kecil di dunia

Iklan
Bomba sukarela Saujana Utama menerima panggilan bagi kes tangkapan ular paling kecil di dunia.

SUNGAI BULOH - Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama (PBSSU) menerima panggilan tangkapan ular paling kecil di dunia di Jalan Zaitun HillPark di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook PBBSU, laporan diterima daripada seorang pengadu yang mengesan terdapat ular di pekarangan rumahnya.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi, pencarian terus dilakukan dan mendapati ia merupakan seekor ular paling kecil didunia, Brahminy Blind Snake atau ular buta.

Bomba sukarela Saujana Utama menerima panggilan bagi kes tangkapan ular paling kecil di dunia.

"Pergerakan sama seperti ular, sebab ia memang seekor ular," kongsinya menerusi kemas kini di Facebook.

Iklan

PBSSU memaklumkan, ular itu berjaya ditangkap sebelum dimaklumkan ke Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bestari Jaya untuk kemas kini status kes.

Untuk rekod ular buta Brahminy atau ular buta bunga sangat unik kerana saiznya kecil serta kebolehan untuk hidup di kawasan tanah gembur.

Iklan

Panjangnya sekitar 5 hingga 15 sentimeter dan saiz serta bentuknya menyerupai bentuk cacing tanah.

Bomba sukarela Saujana Utama menerima panggilan bagi kes tangkapan ular paling kecil di dunia.

Kulitnya licin berwarna coklat gelap, kelabu, atau hitam menjadikannya mudah untuk menyamar di dalam tanah.

Ular ini biasanya hidup di dalam tanah, di bawah batu, kayu mati atau sampah daun dan ia mudah ditemui di kawasan beriklim tropika dan subtropika.

Spesies ini dinamakan sebagai ular buta kerana matanya sangat kecil dan hanya mampu mengesan cahaya, bukan untuk melihat seperti ular lain.

Spesies ini mampu membiak secara partenogenesis iaitu tanpa persenyawaan dari jantan menyebabkan kebanyakan populasi terdiri dari betina sahaja.

Ular ini tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia dan makanannya terdiri daripada larva serangga kecil seperti semut dan anai-anai, menjadikannya bermanfaat dalam mengawal populasi serangga.