Pemilik anjing di negeri sempadan Thailand disaran dapatkan vaksin rabies

Iklan
Dr Akma (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, pada Sabtu.

SEREMBAN - Pemilik anjing di negeri yang berada dalam lingkungan 50 kilometer (km) hingga 80km dari sempadan Malaysia - Thailand disaran mendapatkan suntikan vaksin rabies untuk haiwan peliharaan mereka.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Akma Ngah Hamid berkata, ini kerana kawasan terbabit berisiko tinggi untuk dijangkiti memandangkan Thailand masih merekodkan kes hingga kini.

Iklan
Iklan

"Kita mahu memberi kesedaran kepada rakyat negara ini bahawa penyakit rabies adalah bahaya dan boleh menyebabkan kematian.

"Tapi penyakit ini kita boleh cegah melalui pemberian vaksin rabies kepada anjing terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di negeri yang bersempadanan dengan Thailand iaitu lingkungan 50km hingga 80 km kerana negara itu masih merekodkan kes," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, dari Januari hingga bulan lalu, sebanyak 6,928 ekor anjing bertuan di kawasan penampan rabies di Semenanjung Malaysia dan Sabah telah pun divaksin.

Iklan

Jelasnya, suntikan tersebut perlulah diambil setiap tahun yang bukan saja bertujuan melindungi haiwan berkenaan tetapi juga manusia daripada ancaman penyakit rabies.

"Bagi saya kesedaran pemilik anjing untuk mengambil vaksin rabies ini agak tinggi dan kebanyakan kes jangkitan yang berlaku kepada manusia adalah disebabkan gigitan anjing liar," katanya.

Dr Akma (kanan) merasmikan sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, pada Sabtu.

Selain itu katanya, sejak tahun 2017 hingga bulan lalu, Sarawak mencatatkan 81 kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dan 74 kes melibatkan kematian.

Tambahnya, sebanyak 1,103 kes melibatkan haiwan iaitu 88.9 peratus adalah dalam anjing, 10.9 peratus adalah kucing dan 0.2 peratus adalah kambing.

Sementara itu ditanya pandangan berkenaan isu anjing liar yang semakin berleluasa, beliau berkata, kaedah pemandulan merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan populasi haiwan tersebut.

"Itu sebabnya kita memberi penekanan kepada pemilik haiwan supaya membuat pemandu land anjing mereka.

"Ini kerana kebanyakan anjing terbiar ini kemungkinan dibuang oleh pemilik yang tidak mahu anjing mereka itu," katanya.