BETONG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof meminta komuniti yang menerima dana Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) agar memastikan program peningkatan sosioekonomi masing-masing dilaksanakan dengan baik.
Beliau berkata, ini bagi memastikan peningkatan ekonomi dapat dilimpah ke kawasan komuniti masing-masing hasil pemberian dana itu.