Mourinho digantung, didenda

Iklan
Mourinho

PENGENDALI Fenerbahce, Jose Mourinho dikenakan penggantungan satu perlawanan dan didenda oleh Persekutuan Bola Sepak Turkiye (TFF).

Keputusan itu dikenakan setelah bekas pengendali AS Roma, Manchester United, Chelsea tersebut mengkritik pegawai video bantuan pengadil (VAR) selepas kemenangan 3-2 di Trabzonspor dalam aksi Super Lig.

Iklan
Iklan

Trabzonspor dalam perlawanan itu dihadiahkan dua penalti pada separuh masa kedua selepas semakan VAR semasa perlawanan terikat 2-2.

Malah Mourinho juga berasa marah apabila cabaran terhadap Bright Osayi-Samuel tidak dikenakan hukum dalam perlawanan itu.

Iklan

Malah pengendali dari Portugal itu menambah bahawa liga Turkiye ‘berbau busuk’ dan peminat antarabangsa tidak mempunyai sebab untuk menonton liga.

Sementara itu, TFF dalam satu kenyataan menyifatkan komen Mourinho bertentangan dengan semangat kesukanan, etika sukan atau fair-play.

Iklan

Malah badan induk bola sepak Turkiye itu menegaskan kenyataan Mourinho itu berniat untuk merosakkan reputasi TFF.

Selain itu komen pengendali berusia 61 tahun berkenaan merendahkan nilai bola sepak Turkiye apabila membayangi atau mencemarkan kesaksamaan pengadil dan pegawai pertandingan lain.

Mourinho didenda 600,000 lira Turkiye kerana berkelakuan tidak mencerminkan semangat kesukanan dan 58,500 lira Turkiye kerana kelakuannya terhadap penyokong pasukan lawan.

Sementara itu, Naib Presiden Fenerbahce, Acun Ilicali turut didenda kerana mengkritik pengadil dalam satu kenyataan di laman web kelab.