Wanita diceraikan selepas lahirkan anak kulit gelap

Iklan
Kebanyakan warganet turut bersimpati dengan nasib wanita itu. Foto Agensi

SHANGHAI - Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur 'caesarean' bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.

Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.

Iklan
Iklan

Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.

"Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan," kongsinya.

Iklan

Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.

"Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam," tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.

Iklan

Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

"Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan," kata seorang pengguna media sosial. - Agensi