AI tidak boleh ganti peranan ulama
Iklan
PUTRAJAYA - Teknologi pintar seperti kecerdasan buatan (AI) boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam hal berkaitan dengan agama, bagaimanapun bukan sebagai sumber hukum utama.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, hanya pakar agama dapat memastikan keabsahan dan kesesuaian jawapan berdasarkan ilmu serta metodologi yang sahih.