Jangkau kawasan perairan Malaysia
Iklan
SHAH ALAM - Tindakan Filipina menandatangani Akta Zon Maritim Filipina (RA 12064) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (RA 12065) akan memberi kesan kepada negara kerana kedua-dua akta tersebut mencakupi kawasan dipertikai termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, Filipina tidak wajar membuat undang-undang tersebut kerana ia memberi gambaran bahawa hak-hak dan kepentingan Malaysia di perairan yang dipertikai tidak diambil kira, yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.