Filipina ada asas kuat tuntut wilayah, hak sumber laut
Iklan
SHAH ALAM - Akta Zon Maritim Filipina (RA 12064) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (RA 12065) berkemungkinan akan memberi penekanan lebih besar kepada hak Filipina ke atas perairan sekitar termasuk di kawasan negeri Sabah terutamanya Laut Sulu dan Sulawesi.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi berkata, kedua-dua akta itu dijangka memberikan Filipina kelebihan dari segi undang-undang domestik yang lebih kukuh dalam menegaskan hak-haknya di kawasan maritim yang dipertikaikan termasuk perairan sekitar negeri Sabah.