Premier berwawasan 'PM'
Iklan
SAYA tidak mengenali Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara dekat, namun kesempatan duduk semeja pada satu majlis makan tengah hari selepas beliau merasmikan Zamalah Wartawan Malaysia di Kuching pada 3 November 2018 membolehkan saya mendapat gambaran secara umum mengenai kepimpinan beliau sebagai peneraju baharu Sarawak.
Perbualan dengan beliau di meja makan itu sudah hampir lima tahun berlalu tetapi sampai sekarang terpahat dalam ingatan saya kerana wawasan pembangunan yang beliau zahirkan satu demi satu mula dilaksanakan.