Lebih 2,500 peserta MyLesen terima lesen percuma di Pahang

Iklan
Razali (empat dari kanan) menyerahkan lesen kepada salah seorang penerima sempena Majlis Perasmian Penutupan Program MyLesen Peringkat Negeri Pahang 2024 pada Ahad.

KUANTAN - Seramai 2,590 penerima dalam kalangan B40 di negeri ini menerima lesen percuma di bawah Program Mylesen Peringkat Negeri Pahang 2024.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memaklumkan, sebanyak RM1.028 juta telah diperuntukkan bagi tujuan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah penerima itu, 2,500 individu penerima lesen motosikal (B2), Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) lori (40 penerima), Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas (30 penerima) dan Lesen PSV e-hailing (20 penerima).

Razali (empat dari kanan) bersama bergambar bersama sebahagian penerima lesen percuma pada Majlis Perasmian Penutupan Program MyLesen Peringkat Negeri Pahang 2024 di sini pada Ahad.

"Program MyLesen merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rakyat kepada lesen memandu, memperkukuhkan keselamatan jalan raya, mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan diceburi.

Iklan

"Inisiatif ini juga bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan lesen yang sah," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Menurutnya kenyataan itu, inisiatif tersebut juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan undang-undang jalan raya dan pembudayaan keselamatan jalan raya di negara dan negeri ini.

Iklan

"Menerusi program MyLesen tahun ini, kerajaan telah menanggung bayaran latihan dan ujian memandu yang akan

memanfaatkan lebih 36,000 golongan B40 di seluruh negara.

"Pihak JPJ juga telah menerima lebih 130,000 permohonan bagi program MyLesen tahun ini dan 41,853 daripada permohonan itu layak untuk menyertai program tersebut setelah melalui tapisan mengikut syarat-syarat yang telah

ditetapkan," ujarnya.

Majlis Perasmian Penutupan Program MyLesen Peringkat Negeri Pahang 2024 disempurnakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir Razali Kassim di sini pada Ahad.