SEREMBAN - Seramai 300 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan ditugaskan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.
Pengarah APM Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel(PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, ia berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula 5 November lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac tahun hadapan.
Iklan
Iklan
"Sebaik saja MTL bermula, kita telah pun mengambil langkah bersedia sedia bukan saja dari segi keanggotaan, tapi juga memastikan segala logistik berada dalam keadaan baik.
"Dalam tempoh ini juga, kita telah adakan sesi latihan kepada anggota-anggota terlibat untuk ingatkan mereka semula ilmu keselamatan sewaktu banjir," katanya dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, terdapat kira-kira 200 lokasi hotspot banjir di negeri ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan Saliran.
Tambahnya, ia kebanyakannya di daerah Seremban dan Port Dickson, namun di tempat-tempat lain juga dinasihatkan berwaspada.
"Bagaimanapun setakat ini semuanya berada dalam keadaan terkawal," katanya.