KPDN bongkar taktik sembunyi minyak masak peket

Iklan
Antara minyak masak paket yang ditemui disembunyikan dalam storq sebuah restoran di ibu kota dalam serbuan pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Tindakan mencurigakan sebuah lori yang menghantar minyak masak peket dalam kuantiti banyak di sebuah restoran di ibu kota terbongkar dalam serbuan pada Jumaat.

Operasi dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur itu kemudiannya berjaya menemukan 260 kilogram minyak masak peket yang disembunyikan di dalam stor restoran terbabit.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, serbuan kira-kira jam 5 petang itu dijalankan susulan aduan serta risikan yang dijalankan.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan di beberapa ruangan premis serta salah satu stor di bahagian dapur yang didapati dalam keadaan berkunci.

Iklan

Pegawai KPDN memeriksa ruangan stor yang berjaya menemukan minyak masak paket dalam serbuan di sebuah restoran di ibu kota terbongkar dalam serbuan pada Jumaat.

"Pekerja restoran berkenaan kemudian diarahkan membuka kunci stor, bagaimanapun pegawai KPDN dimaklumkan bahawa kunci stor dipegang oleh pengurus restoran.

Iklan

"Semakan lanjut dalam stor berkenaan setelah pintunya dibuka menemui 260 kilogram minyak masak paket bernilai RM650," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kesemua minyak masak peket itu disita selain sitaan turut dijalankan melibatkan pemborong yang membekalkannya.

"Pemeriksaan susulan mendapati restoran tidak mempunyai permit untuk menyimpan barang kawalan bagi kegunaan perdagangan.

"Perkara ini jelas satu kesalahan di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.