Orang awam tidak melepaskan peluang bergambar dengan 'Rumah Biru' yang terletak di Kampung Baru ketika tinjauan fotoBernama di sini hari ini.
Rumah Biru yang terkenal kerana seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru selain menjadi lokasi penggambaran beberapa buah filem dan rancangan televisyen, dipercayai bakal dikosongkan untuk tempoh tiga hingga empat tahun.
Antara pemiliknya Shafiq Abdullah memaklumkan, hal ini bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tradisional berkenaan.
Rata-rata orang ramai menzahirkan rasa sedih di atas keputusan berkenaan, malah tidak kurang juga mencadangkan supaya binaannya dicabut dan dipasang semula apabila beliau dan keluarga kembali ke situ kelak. Foto: Bernama