Temui ajal ketika dalam perjalanan balik rumah

Iklan
Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada. Gambar kecil: Najihah

RANTAU PANJANG - Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Rantau Panjang-Lubok Stol berhampiran Kampung Degong di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu mangsa, Najihah Mohd Zuberi, 15, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda, Liau Beng Ho, 71, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah kenderaan Hilux dari arah Tanah Merah ke Rantau Panjang, dipercayai telah masuk ke laluan motosikal sehingga menyebabkan pertembungan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Telaga Mas dari arah Rantau Panjang.

Iklan

"Setiba di lokasi kejadian, sebuah pacuan empat roda dari arah Tanah Merah ke Rantau Panjang dipercayai masuk ke laluan motosikal.

"Kenderaan itu dipercayai terlanggar motosikal menyebabkan penunggangnya tercampak ke sebelah kiri jalan dari arah Rantau Panjang ke Telaga Mas. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Iklan

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.