Sesi pascanilai Paris 2024 turut libatkan pakar dari Jepun - Hannah

Iklan
Hannah bersama tetamu dan peserta yang menyertai Kejuaraan Antara Kelab TM (WT) - KBS-MILO Edisi 11 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) menjangkakan hasil sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan Khamis ini tidak mengambil masa yang lama.

Jelas Menterinya, Hannah Yeoh, ini kerana penyertaan atlet negara dalam acara yang dipertandingkan pada temasya kali ini tidak banyak.

Iklan
Iklan

"Kali ini pakar daripada NSSU (Nippon Sport Science University) Jepun juga akan hadir, saya juga jemput Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) untuk dengar supaya mereka juga tahu isu sebenar.

"RTG (Road To Gold) juga akan bermesyuarat untuk kemasukan atlet baharu selepas post mortem (pascanilai Paris 2024) kerana sekarang untuk fasa Los Angeles 2028.

Iklan

"Kita masih ada ruang untuk tambah atlet, sebelum ini Top 10 tapi untuk LA2028 mungkin Top 20. RTG akan bincangkan perkara ini, kita akan maklumkan apabila dapat hasil keputusan mesyuarat," katanya pada Ahad.

Sebagai rekod, Malaysia yang meraih dua gangsa di Paris 2024 menghantar 26 atlet dengan 15 merupakan atlet pertama kali beraksi di pentas temasya sukan dunia itu melibatkan 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf dan olahraga.

Iklan

Sementara itu, Hannah berkata, kementerian terbuka untuk menerima sebarang penambahbaikan untuk program RTG pada masa hadapan.

"Kita sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan dan tidak pernah halang sesiapa untuk penambahbaikan demi kemajuan sukan negara

"Kita pun tahu dalam sukan ramai kolumnis kerana bidang ini ramai peminat yang mempunyai cadangan mereka.

"Cuma pada masa sama kita juga perlu berdasarkan maklum balas jurulatih selain pakar dalam bidang tersebut. Sekiranya terdapat sebarang cadangan boleh juga disalurkan kepada MSN atau pegawai saya," kata Hannah.