Serangan Israel: Lebih 18,000 rakyat Lubnan masuk ke Iraq

Iklan
Lebih 18,000 rakyat Lubnan telah memasuki Iraq sejak serangan udara Israel ke atas Lubnan bermula pada akhir September. Gambar fail AFP

AMMAN - Lebih 18,000 rakyat Lubnan telah memasuki Iraq sejak serangan udara Israel ke atas Lubnan bermula pada akhir September, menurut pihak berkuasa Iraq pada Ahad.

"Usaha sedang dijalankan untuk menerima tetamu Iraq daripada warga Lubnan secara berperingkat," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Alaa al-Din al-Qaisi, jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan Sempadan Iraq, yang disiarkan agensi berita rasmi INA.

Iklan
Iklan

Beliau berkata kemasukan itu berikutan arahan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia Al-Sudani untuk membenarkan kemasukan tanpa visa bagi rakyat Lubnan.

Jurucakap itu berkata lebih 18,000 warga Lubnan telah tiba di Iraq sejak 27 September.

Iklan

Serangan udara Israel di Lubnan sedang berlangsung sejak akhir September, dengan alasan menyasarkan kedudukan Hizbullah, peningkatan dalam serangan rentas sempadan selama setahun sejak konflik Gaza bermula.

Lebih 3,100 orang terbunuh dan lebih 13,800 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Iklan

Israel melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober. - Bernama-Agensi Anadolu