Pasangan suami isteri dilepas tanpa dibebaskan 3 tuduhan pelacuran

Iklan
Tertuduh ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu pada Ahad atas tiga pertuduhan yang dikaitkan dengan kegiatan pelacuran lima tahun lalu.

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Ahad memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) pasangan suami isteri atas tiga pertuduhan yang dikaitkan dengan kegiatan pelacuran lima tahun lalu.

Hakim Syarie Hamidi Shafie membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap dua tertuduh, Ahmad Nizam A Aziz, 38, dan isterinya, Nor Syuhada Abu Hassan, 37.

Iklan
Iklan

Ahmad Nizam sebelum ini didakwa atas tuduhan muncikari kerana melacurkan atau membiarkan isterinya melacurkan diri serta menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara isterinya dan lelaki lain

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 27 (1) dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Iklan

Dia yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik sebuah hotel di bandar raya ini kira-kira jam 8.40 malam pada 24 dan 25 Julai 2019.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 27(1) Enakmen sama kerana melacurkan isterinya di lokasi, waktu dan hari yang sama.

Iklan

Sementara itu, isterinya turut didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri di lokasi sama antara jam 10 hingga 10.20 malam pada 25 Julai 2019.

Pasangan itu sebelum ini berdepan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau maksimum enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu manakala tertuduh diwakili peguam, Fazru Anuar Yusof.