KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC

Iklan
KLFA telah menyelesaikan sebahagian tunggakan caruman KWSP pemain KL City FC yang gagal dibayar sejak 2021 hingga Februari tahun ini.

PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) telah menyelesaikan sebahagian tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC yang gagal dibayar sejak 2021 hingga Februari tahun ini.

Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkata, pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.

Iklan
Iklan

"KWSP bagi tempoh bulan ini dan akan datang kita tetap bayar seperti biasa, tunggakan KWSP kita sudah bayar sebanyak RM50,000 selama 24 bulan,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Agung Kelab Penyokong Bolasepak KLFA di Kuala Lumpur pada Ahad.

Syed Yazid berkata, tunggakan sebulan gaji pemain bagi bulan Oktober dijangka masuk ke akaun masing-masing, esok.

Iklan

Dalam perkembangan lain Syed Yazid berkata, KLFA sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemilikan penuh bagi Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kita perlu berjumpa Datuk Bandar yang baharu, kembali kepada proses sebelum ini. Kita ada tanda tangan dengan DBKL selama 15 tahun,” katanya.

Iklan

Syed Yazid berkata, pihaknya bakal memberikan tiket aksi Piala Malaysia dan baju-T kepada ahli Kelab Penyokong Bolasepak KLFA, selain menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada kelab berkenaan.

Terdahulu, Syazrul Effendy Ibrahim kekal menerajui Kelab Penyokong Bolasepak KLFA sebagai presiden bagi tempoh 2024-2026. - Bernama