Harimau Malaya tanpa khidmat Natxo, Mukhairi Ajmal

Iklan
Pau Marti

DUA pemain Harimau Malaya, Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal Mahadi masing-masing tidak turut serta memperkuatkan barisan skuad itu, pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Laos dan India.

Pengendali skuad, Pau Marti Vicente yang mengesahkan perkara itu berkata, Natxo (Johor Darul Ta’zim) dan Mukhairi Ajmal (Selangor FC) sepatutnya hadir ke sesi latihan rasmi skuad negara hari ini, namun terpaksa digugurkan selepas terlibat dengan kecederaan.

Iklan
Iklan

Natxo menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur menentang Ulsan HD pada 5 November, sementara Mukhairi selepas beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November.

"Kecederaan menjadi masalah pada panggilan kali ini, kita buat senarai untuk nilai prestasi tetapi dua pemain itu mempunyai perlawanan minggu ini, jadi Mukhairi datang pagi ini untuk dinilai, tetapi kami dapati terdapat isu dengan beliau.

Iklan

Keputusan itu sekali gus membuka ruang buat pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya dan Kelantan Darul Naim FC Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia menjelang perlawanan persahabatan bertemu Laos di Bangkok, Thailand pada 14 November dan menentang India di Hyderabad pada 18 November.

Dua perlawanan persahabatan itu merupakan medium buat Pau Marti menentukan kesebelasan utama skuad bagi aksi Piala ASEAN, yang akan membuka tirai saingan pada Disember depan. - Bernama

Iklan