PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan status sebagai kuasa bola sepak negara apabila membelasah Perak FC 5-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad.
Kemenangan Harimau Selatan ke atas The Bos Gaurus tersebut membolehkan skuad Merah Biru yang berstatus juara liga 10 kali berturut-turut itu memperkukuhkan cengkaman liga dengan mengumpul 40 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Perak pula kekal di kedudukan ketujuh liga juga selepas mengharungi 14 perlawanan dengan mengumpul 17 mata.
Perak yang diterajui kapten Firdaus Saiyadi tampil dengan status tuan rumah bagaimana terlebih dulu dirobek penyerang JDT, Romel Morales dengan gol seawal minit ke-21 menewaskan Mohamad Ramdhan Ab Hamid.
JDT yang dikemudi Matthew Davies, sekali lagi menyaksikan Morales menjadi duri dalam daging The Bos Gaurus apabila meledak gol kedua Harimau Selatan pada minit ke-35.
Angkatan Hector Bidoglio menutup tirai separuh masa pertama dengan yang dihasilkan sekali lagi menerusi Bergson yang menyempurnakan sepakan penalti minit ke-48 sebelum pemain kelahiran Alegrete, Brazil itu meledak jaringan minit ke-90 untuk gol 19 musim ini.
Artikel Berkaitan