Manchester United mudah atasi Leicester City

Iklan
Garnacho

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United meneruskan momentum positif di bawah kepimpinan pengendali sementara, Ruud van Nistelrooy apabila meraih tiga mata selepas menjinakkan Leicester City, 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Old Trafford pada Ahad.

Tiga mata diraih The Red Devils membolehkan kelab yang diseliakan van Nistelrooy selepas pemecatan Erik ten Hag pada 28 Oktober lalu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan kelab Greece, PAOK Thessaloniki, 2-0 dalam aksi Liga Europa, 8 November lalu.

Iklan
Iklan

Mata ke-15 selepas mengharungi 11 perlawanan meletakkan Manchester United di kedudukan ke-13 liga hasil empat menang, tiga seri, empat kekalahan.

Perlawanan menentang The Foxes kendalian Steve Cooper merupakan aksi ulangan kedua-dua pasukan selepas van Nistelrooy United yang menyingkirkan lawan sama 5-2 pada pusingan 16 Piala Liga di Old Trafford pada 31 Oktober lalu.

Iklan

Fernandes sekali lagi menjadi pencetus kepada gol kedua Manchester United apabila sentuhan tonggak Portugal itu terbias Victor Kristiansen untuk jaringan sendiri pemain Foxes minit ke-38.

Separuh masa kedua, United meningkatkan tekanan yang akhirnya menyaksikan Alejandro Garnacho, berjaya memanfaatkan bantuan gol Fernandes minit ke-82 untuk jaringan ketiga pasukan tuan rumah.

Iklan

United selepas ini akan berkunjung ke Portman Road berdepan Ipswich Town pada 25 November juga perlawanan yang dijangka dikendalikan pengendali baharu United, Ruben Amorim, 39, dari kelab Portugal, Sporting Lisbon, pengganti kekosongan ditinggalkan ten Hag baru-baru ini.

LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Manchester United 3-0 Leicester City

Nottingham Forest 1-3 Newcastle United

Tottenham Hotspur 1-2 Ipswich Town