Akademi Pendidikan Sinar Bestari untuk semua

Iklan
Suasana sekitar Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

DALAM majlis Festival TV PSS Sinar Bestari yang diadakan Rabu lalu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli, telah mengumumkan penubuhan Akademi Pendidikan Sinar Bestari (APSB) atau lebih dikenali dengan nama AKADEMI.

Pengumuman ini telah menarik perhatian ramai terutama para pelajar, pendidik, dan ibu bapa yang ingin mengetahui objektif penubuhannya.

Iklan
Iklan

Secara ringkasnya, AKADEMI merupakan sebuah pusat pendidikan yang bertujuan untuk menyediakan latihan kepada pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan perkembangan diri dan kemahiran di luar bilik darjah.

Objektif utama penubuhan AKADEMI adalah untuk membantu pelajar mengembangkan potensi dengan menyediakan peluang untuk mempelajari kemahiran tambahan yang tidak dapat diperoleh dalam kurikulum formal sekolah.

Iklan

AKADEMI yang akan dilancarkan tahun hadapan, telah merancang pelbagai bengkel dan kursus bersiri untuk memenuhi keperluan dan minat pelajar.

Antara program yang akan dianjurkan termasuklah bengkel suntingan video, menulis cerpen, pengacaraan, serta kursus motivasi bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.

Iklan

Selain bengkel dan kursus, AKADEMI juga akan menganjurkan pelbagai pertandingan yang melibatkan kemahiran praktikal dan kepimpinan, antaranya pertandingan robotik, silat, kawad kaki, bola sepak, bola jaring, dan bola keranjang.

Semua pertandingan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berpasukan, berdaya saing, serta membina semangat juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran.

AKADEMI juga akan mengadakan pelbagai acara untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti sosial dan kebudayaan seperti sambutan Hari Kanak-Kanak, Hari Kantin, Hari Guru dan lain-lain.

Pendekatan AKADEMI adalah holistik dan menyeluruh dalam pembangunan pelajar melalui kursus dan aktiviti luar bilik darjah yang memberi impak positif kepada pembentukan karakter dan kemahiran hidup mereka.

Penubuhan AKADEMI adalah satu langkah yang sangat positif dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran tambahan yang penting untuk menghadapi dunia yang penuh cabaran.

Dengan sokongan dan penglibatan semua pihak, AKADEMI ini dijangka menjadi platform penting dalam pembangunan pendidikan negara. Justeru, semua pihak terutama pihak swasta dialu-alukan untuk bersama AKADEMI meningkatkan mutu pendidikan negara.