Melania Trump, Wanita Pertama AS kali kedua

Iklan
Melania berucap sebelum berlepas menaiki pesawat Air Forde One di Maryland. Foto AFP

WASHINGTON - Melania Trump akan menjadi Wanita Pertama buat kali kedua selepas suaminya Donald Trump diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-47 selepas memenangi Pilihan Raya Presiden pada 6 November lalu.

Bilionair hartanah itu akan kembali ke Rumah Putih selepas upacara mengangkat sumpah yang akan berlangsung pada 20 Januari depan.

Iklan
Iklan
Melania (tengah) bersama suaminya, Trump (kiri) dan anak mereka, Barron semasa malam Pilihan Raya Presiden AS di West Palm Beach, Florida. Foto AFP

Asal-usul Melania

Nama sebenar Melania adalah Melanija Knavs dilahirkan pada 26 April 1970 di Novo, Mesto di Slovenia yang ketika itu sebahagian daripada wilayah Yugoslavia.

Iklan

Bapanya, Viktor adalah seorang penjual kereta manakala ibunya, Amalija adalah seorang pereka pakaian kanak-kanak-kanak.

Melania dibesarkan dalam keluarga sederhana dan mempunyai seorang adik kandung bernama Ines dan abang tiri, Denis.

Iklan

Kemudian, mereka berpindah ke Ljubljana yang kini ibu negara Slovenia untuk melanjutkan pengajian di sana.

Pada masa sama, beliau terbabit permodelan secara 'suka-suka' semasa belajar di sebuah universiti sebelum berhenti belajar bagi menumpukan minatnya dalam bidang tersebut.

Beliau pernah menandatangani kontrak dengan beberapa agensi permodelan di Milan, Itali dan Paris, Perancis serta dikatakan fasih dalam beberapa bahasa termasuk Inggeris, Perancis, Itali atau Jerman.

Namun, Melania yang melihat bidang permodelan mampu pergi lebih jauh, beliau berpindah ke AS pada tahun 1996 bagi mengembangkan kerjanya di sana.

Di AS, nama Melania semakin melonjak apabila beliau berjaya menghiasi muka depan majalah tempatan dan antarabangsa seperti Harper's Bazaar Bulgaria, Vanity Fair Italia, Sports Illustrated Swimsuit Issue dan British GQ.

Melania pernah menghiasi beberapa muka depan majalah terkenal tempatan dan antarabangsa. Foto Agensi

Pada masa sama, beliau diberikan 'kad hijau' sebagai permastautin tetap pada Mac 2001 melalui program EB-1 yang digelar 'Visa Einsten' kerana pembabitannya sebagai ahli akademik terkemuka, ahli perniagaan, pelakon yang memenangi Oscar dan lain-lain.

Melania secara rasmi menjadi warganegara Amerika pada tahun 2006.

Di sana, beliau berjumpa dengan Trump dan pasangan itu mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan mereka pada 2005. Pada masa itu, Melania merupakan isteri kali ketiga bekas bilionair hartanah itu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Barron Trump yang kini berusia 18 tahun.

Sepanjang perkahwinan mereka, Melania banyak menyokong usaha suaminya dalam mengetengahkan perniagaan mereka di pentas media. Pada tahun 2013, beliau pernah muncul dalam rancangan realiti Celebrity Apprentice yang dihoskan Trump.

Dua tahun kemudian, keputusan Donald Trump untuk bertanding jawatan presiden AS ke-45 telah melonjakkan nama Melania.

Wanita Pertama AS

Semasa Trump mengambil alih jawatan pada Januari 2017, Melania menggunakan platformnya sebagai Wanita Pertama dengan menumpukan beberapa isu pendidikan, buli dan imigresen.

Sempena sambutan Hari Membaca Buku Kebangsaan, Melania menghantar buku Dr Seuss ke sekolah di setiap negeri pada September 2017.

Trump bersama Melania semasa menjadi Presiden AS kali ke-45. Foto AFP

Pada bulan berikutnya, beliau membuat lawatan dengan Setiausaha Pendidikan, Betsy DeVos ke sekolah di Detroit sebagai sebahagian daripada inisiatif #NoOneEatsAlone.

Sehingga kini, wanita berusia 54 tahun ini masih gigih meneruskan usaha kemasyarakatan dalam memperjuangkan beberapa isu global membabitkan kanak-kanak, pendidikan, kebuluran dan sebagainya. - Agensi