Remaja hilang ditemui, rupanya lepak rumah rakan

Iklan
Muhammad Syawal dilaporkan berada di rumah rakannya di kampung yang sama. Foto IPD Kluang

KLUANG - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Jalan Dahlia, Kampung Melayu di sini, ditemukan dalam keadaan selamat awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sepanjang kehilangannya itu, Muhammad Syawal Abdullah, 14, berada di rumah rakannya di kampung yang sama.

Iklan
Iklan

"Pada jam 3.30 pagi, remaja lelaki itu telah dilihat oleh ibu dan ayahnya berada di rumah mereka.

"Remaja lelaki itu juga ada menyatakan, dia pulang ke rumah semasa ketiadaan ibu dan ayahnya dan hanya balik ke rumah untuk mandi dan makan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Media pada Jumaat melaporkan, polis sedang mengesan remaja lelaki dilaporkan hilang oleh ibunya.

Mangsa dilihat kali terakhir di rumahnya pada jam 7.30 pagi, Selasa dan keluarga sudah mencari mangsa di rumah saudara-mara, jiran-jiran serta rakan namun masih tidak ditemui.

Iklan