Tak sempat kaut untung, tanaman hiasan bernilai RM2.52 juta dirampas

Iklan
Hasil pemeriksaan telah menemukan pelbagai jenis tanaman hiasan jenis Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis dipercayai diseludup dari Thailand.

PASIR MAS - Dua lelaki dicekup Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas membawa pelbagai jenis tanaman hiasan yang dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM2.52 juta dalam serbuan berasingan di sini, pada Sabtu.

Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu melibatkan tanaman hiasan jenis orkid, Bromeliad, Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis.

Iklan
Iklan
Tangkapan pertama terhadap seorang suspek berusia 32 tahun itu dilakukan pada jam 8 malam selepas pihaknya menahan sebuah lori jenis Hino di Kampung Kubang Rambutan, Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan pertama terhadap seorang suspek berusia 32 tahun itu dilakukan pada jam 8 malam selepas pihaknya menahan sebuah lori jenis Hino di Kampung Kubang Rambutan di sini.

"Hasil pemeriksaan telah menemukan pelbagai jenis tanaman hiasan jenis Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah bernilai RM510,000.

Iklan

"Untuk tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun dilakukan pada jam 9.45 malam di Kampung Lubok Stol selepas PGA menahan sebuah lori jenis Hicom yang dipandu dalam keadaan mencurigakan," katanya pada Isnin.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis tanaman hiasan jenis orkid dan Bromeliad bernilai RM2.01 juta yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis tanaman hiasan jenis orkid dan Bromeliad bernilai RM2.01 juta dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Iklan

Ujarnya, kedua-dua suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan terbabit ke pasaran tempatan.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

Untuk tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun dilakukan pada jam 9.45 malam di Kampung Lubok Stol selepas PGA menahan sebuah lori jenis Hicom yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Kesemua suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya," katanya.