Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri sehingga tengah hari

Iklan
Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri sehingga tengah hari. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lapan negeri sehingga jam 12 tengah hari Isnin.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 8.40 pagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan tersebut meliputi Seberang Perai, Pulau Pinang; Kerian, Perak dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Selain itu, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu; Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Selangor.

"Kawasan lain ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan.

Iklan

"Manakala di Sarawak, Kuching serta Samarahan (Samarahan dan Asajaya)," katanya menerusi hantaran di Facebook.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi waktu terbabit.

Iklan

"Amaran ribut petir adalah peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," ujarnya.