Hilang sejak Jumaat, polis mohon bantuan kesan Ummul Ayuni Atiqah

Iklan
Ummul Ayuni yang dilaporkan hilang sejak 8 November lalu.

MARAN - Pihak polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 8 November lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai mengesahkan telah menerima laporan kehilangan Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis, 15, sehari kemudian oleh ibu remaja terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lokasi terakhir remaja itu dilihat di Kampung Paya Chedung di sini.

"Remaja tersebut berambut paras bahu warna hitam, berbadan sederhana, dengan tinggi kira-kira 150 sentimeter dan ada tanda pengecaman mempunyai tahi lalat di bahagian pipi sebelah kiri.

Iklan

"Pakaian terakhir dilihat yang dipakai oleh remaja itu bertudung warna hitam, baju kemeja lengan pendek corak petak warna hitam-putih, seluar hitam dan memakai selipar jenis sandal hitam," katanya pada Isnin.

Ujarnya, pihak polis telah menjalankan usaha mencari di keseluruhan kawasan Maran, Sri Jaya, Chenor, Pekan Awah, Bandar Jengka dan Sungai Jerik, namun remaja terbabit masih tidak ditemui.

Iklan

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di talian 094771222 atau mana-mana balai polis berhampiran.