KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam hari ini.
Dalam hantaran di media sosial X, Kementerian Luar berkata, Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, dari Kaherah, Mesir.
Iklan
Iklan
Ketibaan beliau di lapangan terbang disambut oleh Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh Putera Muhammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz dan Datuk Bandar Wilayah Riyadh Putera Dr Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf.
Anwar turut menerima sambutan kawalan kehormatan.
Sebelum berlepas dari Kaherah semalam, Anwar menyatakan komitmen beliau untuk membawa suara dan mandat rakyat Malaysia berhubung kekejaman berterusan dan isu-isu kemanusiaan yang berkaitan dengan tindakan rejim Zionis Israel di Palestin dan Lebanon.
Perdana Menteri dijadualkan kembali ke Kaherah untuk meneruskan siri libat urus yang telah dirancang terlebih awal dengan delegasi Malaysia dan Mesir. - Bernama