Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London

Iklan
Odegaard kembali perkuatkan Arsenal.

CHELSEA dan Arsenal berkongsi mata dalam pertarungan kelompok atas Derbi London sengit menghiburkan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Stamford Bridge.

Keputusan seri kedua-dua pasukan The Blues kendalian Enzo Maresca menentang The Gunners bimbingan Mikel Arteta menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.

Iklan
Iklan

Biarpun begitu kedua-dua jagoan London yang memiliki mata sama iaitu 19 mata masih ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga Liverpool.

Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-60, hasil sentuhan kapten Martin Odegaard menewaskan Robert Sanchez, yang kembali menyalakan penyudah selepas pulih kecederaan setelah kegagalan Gunners menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir.

Iklan

Bagaimanapun Chelsea menyamakan kedudukan 10 minit kemudian apabila hantaran pemain gantian Enzo Fernandez tenang diterjemahkan Pedro Neto dalam bentuk jaringan minit ke-70 menewaskan penjaga gol, David Raya.

Sementara itu, Raya mengakui teruja apabila mendapat semula khidmat Odegaard yang disifatkan kunci kepada penyelesaian masalah tindakan penyudah Gunners.

Iklan

"Kami tahu betapa pentingnya Martin untuk kami, bukan sahaja di atas padang tetapi juga di luar padang.

"Dia memandu kami, dia memberikan kelebihan tambahan itu, sudah tentu, dia juga kapten kelab. Dia hanya menunjukkan di atas padang kualiti yang dia ada dan apa diberikan kepada pasukan, jadi kami sangat gembira untuk mendapatkannya kembali.

"Perkara yang paling penting ialah perlawanan seterusnya, jadi kami hanya fokus perlawanan langkah demi perlawanan, permainan demi permainan, latihan demi latihan dan itu yang paling penting,” ujarnya.