Rugi RM123,000 ditipu 'pegawai polis'

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ALOR GAJAH - Seorang pegawai eksekutif wanita mengalami kerugian kira-kira RM123,000 selepas mendapat panggilan daripada sindiket penipuan yang menyamar sebagai 'pegawai polis'.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa kononnya dikatakan mempunyai waran tangkap membabitkan kertas siasatan berhubung dua akaun bank milik mangsa pada 11 Disember tahun lalu, selain turut mengaitkan mangsa dengan kesalahan pengubahan wang haram.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, wanita berusia 39 tahun dari Paya Rumput itu menafikan terlibat dalam kesalahan tersebut sebelum suspek yang menyamar sebagai polis telah memintanya mengeluarkan wang simpanan bagi tujuan siasatan.

"Mangsa kemudiannya akur dan memasukkan wang secara berperingkat ke dua akaun bank bermula 20 Disember 2019 hingga 3 Januari lalu dengan jumlah keseluruhan RM123,486,96," katanya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, mangsa berasa tertipu selepas gagal menghubungi nombor 'pegawai polis' tersebut dua minggu kemudian sebelum membuat laporan polis.

"Kita meminta orang ramai berhati-hati apabila menerima panggilan tidak dikenali dan jangan mudah mempercayai panggilan sedemikian," katanya.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.