Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan

Iklan
Shigeru Ishiba. Foto AFP

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas, lapor Xinhua.

Para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan secara serentak dalam satu mesyuarat Kabinet pagi Isnin.

Iklan
Iklan

Memandangkan gabungan parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito tidak memiliki majoriti dalam Dewan Perwakilan, undian pada Isnin dijangka berakhir dengan pusingan penentu antara Ishiba dan ketua parti pembangkang utama, Parti Demokratik Perlembagaan, Yoshihiko Noda.

Jika berlaku, ini akan menjadi pusingan penentu pertama dalam hampir 30 tahun bagi pemilihan perdana menteri di Jepun. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan