[VIDEO] Sikasih buat peminat Abam

Iklan
Achey bersama anak Allahyarham Abam Bocey. - Foto Instagram Achey Bocey

PEMERGIAN pelawak terkenal, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey masih diratapi seluruh peminatnya.

Kenangan Allahyarham menghiburkan peminat menerusi lawak jenakanya masih terngiang-ngiang sehingga kini.

Iklan
Iklan

Kata sahabatnya, Achey Bocey, meskipun Allahyarham pergi meninggalkan semua, arwah sempat meninggalkan sebuah lagu untuk kenangan.

"Sikasih. Apa itu? Cari di YouTube, apa @abam_bocik tinggalkan untuk kita. Tolong dengarkan, naikkan 'view' dan hasilnya untuk tanggungjawab yang dia tinggalkan. Iringilah dengan doa anda untuknya.

Iklan

"Alhamdulillah, dia tinggalkan ini untuk kita. Jom naikkan 'views'," tulis Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Penat macam mana pun Abam tak pernah tolak program dakwah'

Iklan

'Abam mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang rehat'

[VIDEO] 'Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau...'

Sedutan klip lagu dinyanyikan oleh Allahyarham dimuat naik di YouTube hampir mencecah sejuta tontonan.

Lirik lagu yang cukup menyentuh hati itu mencuri perhatian peminatnya dan sebaik sahaja peminat mendengar lagu tersebut, rata-rata menangis dan sebak.

Video lirik rasmi Sikasih sudah mencecah satu juta tontonan walaupun baru sehari dilancarkan.

Rangkap korus ‘Terputus sudah di antara kita berbeza sudah dua dunia, tak pernah lupa apa yang kau kata ku bawa bersama semat di jiwa’ seolah-olah mengerti perasaan yang dirasai oleh peminatnya ketika kini yang berduka kehilangannya.

Kata @shafwan2696,"Maksudnya mendalam, bermakna dia dah nak pergi meninggalkan kita semua. Al-Fatihah untuk abang bocey, semoga ALLAH tempatkan dalam kalangan para solihin, amin."

Ujar Yanie,"Sungguh terkesan dan terasa sangat dengan pemergian Abam, dengar lagu ni lagi sayu hati. Allahuakbar."