Beruang matahari komitmen kelestarian berterusan FGV

Iklan
Pengamal media dibawa melawat Ladang Besout 6 dan didedahkan dengan penanaman kelapa sawit khususnya jenis Yangambi ML161 di sini. Foto: FGV.

SUNGKAI - Kebajikan dan kesejahteraan beruang matahari antara komitmen berterusan FGV Holdings Berhad (FGV) dalam menyokong konsep 3R iaitu ‘rescue, rehabilitation, release’.

Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan FGV, Nurul Hasanah Ahamed Hassain Malim berkata, program konvervasi beruang matahari (SBCP) itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak lapan tahun lalu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia antara satu inisiatif kelestarian alam sekitar yang dibangunkan syarikat berkenaan dan sehingga kini, sebanyak 86 beruang matahari diselamatkan serta dirawat sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

"Selepas ini, kami akan masukkan program konservasi untuk harimau pula.

Iklan

"Bukan itu sahaja, FGV juga adakan inisiatif menanam pokok dalam usaha meningkatkan kawasan konservasi bernilai tinggi (HCV) lebih-lebih lagi di estet Tawai 1, Perak.

"Untuk makluman, 2,500 pokok ditanam sejak 2023 hingga 2024 dan kami sasarkan 3,000 pokok sebelum hujung tahun ini sebagai usaha menubuhkan koridor hidupan liar khususnya kawasan yang menjadi laluan gajah,” katanya.

Iklan
Nurul Hasanah (kanan) pada sidang media penutup ‘Media Familiarisation Programme’ di Felda Residence Sungai Klah Resort, di sini, baru-baru ini. Foto: FGV.

Beliau berkata demikian ketika sidang media penutup ‘Media Familiarisation Programme’ di Felda Residence Resort, di sini, baru-baru ini.

Jelas Nurul Hasanah, amalan kelestarian yang ditubuhkan selari dengan lima kerangka kemampanan FGV iaitu pertumbuhan ekonomi, tadbir urus baik, sosial, alam sekitar serta inovasi dan teknologi.

Dalam pada itu, Nurul Hasanah memaklumkan, Ahli Lembaga Pengarah FGV telah meluluskan bajet sebanyak RM605 juta bagi penggal 2024 hingga 2026 untuk menaik taraf kemudahan asas dan unit perumahan pekerja ladang.

Tambahnya, kerja-kerja menaik taraf tersebut melibatkan 3,821 unit, manakala 1,328 unit perumahan baharu bakal dibangunkan.

"Pada 2018 hingga 2023, FGV membelanjakan sebanyak RM487 juta untuk menaik taraf rumah dan buat hostel baharu buat pekerja tempatan serta migran.

"Selain itu, sejumlah RM10.9 juta dibelanjakan tahun ini untuk menambah baik capaian Internet di 170 lokasi menggunakan rangkaian telco komunikasi antarabangsa.

"Kami juga berkolaborasi dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) dan setakat Oktober, seramai 4,842 pekerja FGV menjadi ahli,” ujar beliau.