Aina Abdul tunai permintaan ibu, 'lamar' Fattah Amin

Iklan
Aina dan Fattah bekerjasama buat pertama kali dalam video muzik, Jadi Ajar Aku.

PENYANYI Aina Abdul mendedahkan 'melamar' pelakon Fattah Amin sebagai model dalam video muziknya atas permintaan ibu, Zaini Abdullah.

Kongsi Aina atau nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, sebaik ibunya mendengar keseluruhan lagu tersebut, wanita itu mencadangkan Fattah sebagai model video muzik lagu itu.

Iklan
Iklan

"Mak Aina adalah orang pertama yang mendengar lagu ini dan dia kata perlu ada hero dalam muzik video ini.

Tambah Aina, dia berdebar sewaktu mengusulkan hasrat menjadikan Fattah sebagai model video muziknya melalui pengurus selebriti itu.

Iklan
Aina dan Fattah bekerjasama buat pertama kali dalam video muzik, Jadi Ajar Aku.

"Berdebar juga ketika kali pertama nak usulkan perkara ini pada pengurus Fattah. Alhamdulillah dia setuju," ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai single terbabit, Aina berkata, Jadi Ajar Aku dihasilkan sebaik dia selesai menunaikan umrah pada April lalu.

Iklan

"Lagu ini dihasilkan tanpa piano, tetapi melodi dan lirik mengalir dengan lancar," jelasnya.

Sekadar info, lagu video muzik berkenaan sudah mendapat lebih 47,000 tontonan di saluran YouTube Aina Abdul walaupun baru 17 jam di muat naik.

Lagu Jadi Ajar Aku dicipta sendiri oleh Aina.