Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku hampir di seluruh negara. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga 6 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 3.05 petang, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Melaka manakala Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan
Iklan

Keadaan sama diramal melanda Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, kawasan terjejas di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian,

Iklan

Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan yang diramal terjejas adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Bintulu

Iklan

(Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). - Bernama