Azalina bukan anggota Lembaga Pengampunan: BHEUU

Iklan
Azalina

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said tidak menganggotai Lembaga Pengampunan.

Malah tegas Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Azalina juga tidak terlibat dengan apa-apa urusan melibatkan Lembaga Pengampunan.

Iklan
Iklan

"BHEUU dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta menyediakan pelaporan secara terus hanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa sebagai menteri yang bertanggungjawab," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan yang didakwa mengelirukan mengenai Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Iklan
Iklan

Ketika membangkitkan peraturan 36(12), Azalina didakwa membuat kenyataan tidak berfakta dan mengelirukan apabila menyatakan menteri bertanggungjawab dalam sekretariat Lembaga Pengampunan membabitkan kes Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Wilayah.