Wanita maut jatuh atas bumbung pusat beli-belah

Iklan
Mayat mangsa berjaya dibawa turun pihak bomba dari bumbung sebuah bangunan pusat beli-belah di ibu negara, pada Isnin. Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh di atas bumbung sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, pada Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Hang Tuah dilejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa wanita disyaki warga asing telah terjatuh di atas bumbung pusat beli-belah berkenaan.

Bomba menggunakan skylift pihak bangunan untuk membawa turun mangsa yang terjatuh di atas bumbung bangunan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Isnin. Foto JBPM KL.

"Mangsa berjaya dibawa turun pada jam 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan berkenaan serta teknik sistem lowering," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan punca kejadian dalam siasatan polis.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Iklan