Julie's taja Pesta Pokémon, sokong gaya hidup sihat

Iklan
Peserta yang berada di garis permulaan Fun Run Pokémon tidak sabar untuk memulakan larian. Foto Julie's

JENAMA snek terkenal, Julie's menjadi penaja utama bagi Pesta Pokémon yang berlangsung dari 7 hingga 10 November lalu sebagai komitmen memperjuangkan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Pengarahnya, Tzy Horng Sai berkata, pesta itu menganjurkan pelbagai aktiviti menarik terutamanya acara Fun Run sejauh empat kilometer (km) pada hari terakhir.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, larian tersebut berjaya menarik lebih 7,000 peserta termasuk penggemar sukan dan peminat watak animasi, Pokémon.

Pelari merakamkan gambar kenangan menyeronokkan di gerai foto Julie’s. Foto Julie's

"Fun Run ini dipenuhi dengan pelampung bertemakan Pokémon. Penglibatan Julie's menambah keunikan larian ini dan kami menyediakan canapés yang diperbuat daripada biskut Julie’s untuk dinikmati peserta.

Iklan

"Canapés yang diedarkan di gerai Julie's direka khas dengan kerjasama pempengaruh makanan terkenal seperti Hazwan, Sid Murshid dan 'Jun and Tonic'.

Julie’s turut mempromosikan kemampanan semasa larian dengan mengedarkan botol air edisi terhad. Foto Julie's

"Selain itu, Julie's juga mengedarkan air botol edisi terhad menampilkan watak Pokémon untuk menggalakkan mereka mengisi semula air di stesen minuman yang dibina khas oleh kami," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Horng Sai memaklumkan, pihaknya mengerti bahawa detik paling berharga dalam kehidupan adalah berkumpul dengan keluarga tersayang dan rakan-rakan sambil menikmati masa bersama.

Pelari menggunakan stesen air untuk mengisi semula air agar kekal bertenaga. Foto Julie's

"Sebagai penaja utama, Fun Run ini peluang yang menarik untuk kami mempromosikan budaya kebersamaan secara meriah dan unik.

"Sama seperti biskut kami yang mendekatkan orang ramai menerusi perkongsian pengalaman bersama sambil menikmati Julie's, Pokémon juga dapat memupuk hubungan dalam kalangan semua generasi melalui jenama mereka.

Canapés yang dibuat khas daripada biskut Julie’s memberi semangat kepada pelari semasa acara larian. Foto Julie's

"Kami berharap dapat menambahkan kegembiraan orang ramai dan memberi inspirasi kepada peserta untuk mencipta kenangan yang berkekalan bukan sahaja semasa larian, tetapi dalam aktiviti harian juga," ujarnya.

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang acara, aktiviti dan promosi, layari laman sesawang atau ikuti Facebook Julie's.