Lelaki simpan senjata api, peluru dalam but kereta ditahan

Iklan
Polis menahan seorang lelaki di tepi jalan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini kerana memiliki senjata api dan peluru hidup. Gambar kecil: Swee Sake. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki di tepi jalan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini kerana memiliki senjata api dan peluru hidup.

Suspek merupakan penjaja ayam dan daging di pasar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, lelaki warga tempatan berusia 48 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 9 pagi, Ahad.

Iklan
Iklan

"Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku telah menyimpan senjata api di dalam but keretanya yang diletakkan di kawasan Paya Terubong, Ayer Itam di sini.

"Pemeriksaan di dalam but kereta tersebut telah menjumpai sepucuk pistol, sepucuk revolver dan lapan butir peluru," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tambah beliau, lelaki tersebut direman tujuh hari bermula Isnin hingga 17 November ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Iklan