Cadang guna bahan turapan lebih kukuh naik taraf jalan Pelabuhan Klang

Iklan
Alexander Nanta Linggi berucap pada Majlis Perasmian Tapak Latihan Kren Menara Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah di Jenjarom di sini pada Isnin.

KUALA LANGAT - Projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang dicadangkan menggunakan bahan turapan lebih kukuh atau berdaya tahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi memastikan permukaan jalan lebih kukuh kerana menjadi laluan utama kenderaan berat berulang-alik ke Pelabuhan Klang.

Iklan
Iklan

"Setakat ini ia masih dalam peringkat perancangan dan projek ini dah dikenal pasti dan disebut dalam pembentangan Belanjawan 2025, jadi peruntukan sudah ada untuk kita memulakan projek ini.

"Kita tahu jalan di kawasan pelabuhan ini dilalui oleh kenderaan berat seperti lori kontena, trak yang berat muatannya.

Iklan

"Jadi bila kita buat infrastruktur, kita kena pastikan ia adalah terbaik yang boleh menampung keperluan itu," katanya pada Majlis Perasmian Tapak Latihan Kren Menara Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah di Jenjarom di sini pada Isnin.

Alexander Nanta Linggi (dua kanan) merasmikan Majlis Perasmian Tapak Latihan Kren Menara Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah di Jenjarom di sini pada Isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 sebelum ini mengumumkan sebanyak RM107 juta diperuntuk bagi pembinaan serta menaik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang dalam memacu sektor logistik negara.

Iklan

Dalam pada itu, mengulas mengenai program itu, ujarnya, seramai 600 individu termasuk mereka yang terlibat dalam bidang kren menara akan dilatih menerusi Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kerja Raya itu turut berkata, program kerjasama antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu juga mampu melahirkan tenaga mahir dalam industri pembinaan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Ends