Kisah berbeza SMK Gunung Rapat, SMK Taman Desa

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan kedua-dua pasukan.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat melihat saingan Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun (B-14) pentas mempersiapkan pasukan berpangkalan di Perak itu bagi Kejuaraan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun depan.

Malah, pengendali skuad B-14 SMK Gunung Rapat (SSN Perak), Mohd Kamil Hakimie Mohd Nazri, memberikan pujian kepada pemain-pemainnya yang sentiasa memberi komitmen terbaik sepanjang perlawanan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah permulaan untuk kami lebih bersedia untuk cabaran tahun depan bagi Kejuaraan MSSM, kerana ini adalah penanda aras segalanya.

"Kredit saya berikan kepada pemain pemain. Ya, ada pasang surut sepanjang musim ini kerana pemain-pemain baharu mengenali dunia bola sepak yang sebenarnya dan Liga KPM adalah antara yang tertinggi di Malaysia dan semua pemain-pemain mahu bermain dengan pasukan pasukan seperti Akademi JDT (SMK Taman Desa), Akademi Mokhtar Dahari, Sekolah SUkan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) kerana ia memberi pengalaman berharga untuk mereka,” ujar Mohd Kamil.

Kawalan kemas dipamerkan pemain-pemain.

Iklan

SMK Taman Desa yang juga merupakan Akademi Johor Darul Takzim (JDT) pula memasang impian memburu keputusan positif dalam cabaran Piala Menteri Pendidikan Malaysia.

Malah, pengendalinya, Rodolfo Pereda Villa juga akan memastikan segala kelemahan pasukan diperbaiki sebelum menampilkan potensi diri suku akhir nanti.

Iklan

"Sudah tentu kami berpuas hati dengan prestasi pasukan berada ditangga kedua kumpulan tetapi perlu tumpukan terutama menjaringkan gol seperti yang berlaku pada hari ini (Sabtu), kami mendapat empat atau lima peluang tetapi hanya menjaringkan satu gol. Tetapi kemenangan dan tidak dibolosi juga adalah penting," katanya.

TMK Taman Desa sebelum itu menamatkan saingan Kumpulan A di tangga kedua selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas SMK Gunung Rapat dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.

Aksi bertenaga dipamerkan pemain kedua-dua pasukan.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Mohd Fahim Akmal Zulkarnain pada masa tambahan sebelum separuh masa pertama.

"Perak (SMK Gunung Rapat) menunjukkan permainan baik, tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan dan pemain pemain. Walaupun sudah tidak berpeluang untuk mara ke suku akhir, tetapi mereka bermain dengan serius dan professional,” ujar Rodolfo Pereida lagi

Sebagai rekod, lima pasukan dari Kumpulan A dan tiga pasukan daripada Kumpulan B Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia B-14 akan bersaing bagi merebut Piala Menteri Pendidikan Malaysia edisi 2024.

Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2024.

KUMPULAN A

1.Akademi Mokhtar Dahari

2.SMK Taman Desa (Akademi JDT B14)

3.Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

4.SMK Mutiara Impian

5.SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KUMPULAN B

1.SMK Taman Desa (Akademi JDT B14 B)

2.SMK Ibrahim Fikri

3.SMK Seri Titiwangsa