Pengusaha donat susu mohon maaf, tukar nama di TikTok

Iklan
Pengusaha donut susu memohon maaf seandainya video mereka telah disalah tafsir oleh netizen yang menontonnya.

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Pengusaha donat susu tampil memohon maaf dan menerima segala teguran berkaitan video mereka yang dikritik oleh netizen pada Isnin.

Jelasnya, video yang tular baru-baru ini bukanlah idea mereka sebaliknya melakonkan apa yang diarahkan sahaja.

Iklan
Iklan

"Untuk pengetahuan semua, ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donat cair di dalam mulut dan ‘jet’ itu adalah bermaksud terajang.

"Dan untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah tagline dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea dari kami untuk bercakap tentang perkara itu.

Iklan

"Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan. Semoga menjawab semua persoalan,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

"Kami menerima segala teguran dari kalian, dan nama kedua-dua akaun kami telah bertukar kepada ‘Bertanah’,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya juga memohon maaf seandainya video mereka telah disalah tafsir oleh netizen yang menontonnya.

"Ikhlas dari kami, hanya ALLAH maha pemberi rezeki. Kami memaafkan semua yang komen menghina kami, Insya-ALLAH kami akan perbaiki segala kelemahan,” katanya lagi.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan tindakan peniaga donat susu di festival makanan di negeri ini yang menggunakan slogan berunsur tidak senonoh dan lucah untuk mempromosikan jualannya dianggap biadab dan tidak bermoral

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah Negeri, Izharul Khairi Taharuddin berkata, kaedah pemasaran itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat umum terutama mereka yang prihatin terhadap perkembangan moral anak muda.

Menurutnya, pihaknya mengecam kaedah pemasaran yang tidak sihat ini kerana menggunakan kandungan berbentuk jijik, lucah dan menjengkelkan.