Afidavit Presiden UMNO petunjuk Titah Adendum bukan 'hearsay'
Iklan
SHAH ALAM - Pendedahan afidavit Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat sendiri salinan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya merupakan petunjuk jelas bahawa ia bukan khabar angin.
Titah Adendum itu sebelum ini telah dikemukakan supaya Najib dapat menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.