Pengadil EPL digantung selepas hina Klopp

Iklan
David Coote

PENGADIL Liga Perdana Inggeris (EPL), David Coote telah digantung tugas oleh Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) susulan videonya yang tular menghina bekas pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

PGMOL dalam satu kenyataan mengesahkan Coote telah digantung berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan penuh.

Iklan
Iklan

"PGMOL tidak akan membuat ulasan lanjut sehingga proses itu selesai," kata kenyataan itu.

Video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang didakwa sebagai Coote menggunakan kata-kata kasar untuk menggambarkan Liverpool dan bekas pengurus mereka Jurgen Klopp selain menyifatkan pengurus Jerman itu sebagai sombong.

Iklan

Coote pada mulanya menafikan video dia mengeluarkan kenyataan sedemikian, namun Darren Lewis dari Mirror memberikan kemas kini dengan mengatakan pegawai itu mengakui video tersebut adalah tulen.

Bagaimanapun, dia tidak mengingati kandungan video tersebut yang dirakamkan beberapa tahun lalu.

Iklan

Coote menjadi pengadil EPL sejak 2018 dan menjadi pengadil semasa kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Aston Villa di Anfield pada Sabtu.

Coote juga mengendalikan perlawanan akhir Piala Liga antara Manchester United dan Newcastle United pada 2023 selain pernah menjadi pegawai VAR utama dan dilantik ke Euro 2024.

Klopp meninggalkan Anfield pada musim panas lalu selepas lebih lapan tahun mengendalikan kelab itu.